Mesir

Cairo - Fayoum - Sinai - Dahab
Dari
RM7,599
/seorang
TEMPAH SEKARANG
10 Hari 7 Malam
Hotel 4 Bintang
Sarapan, Tgh hari 
& Malam
Nile River Cruise
Aturcara Program
  • Hari 01 : KLIA/TRANSIT/CAIRO AIRPORT (MOB)
    Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum waktu penerbangan. Penerbangan
    ke Cairo dan transit.
  • Hari 02 : CAIRO (L/D)
    Selamat datang ke Cairo! Pemandu pelancong akan menyambut kedatangan anda. Selepas lunch, anda akan melawat ke Al-Azhar Mosque, masjid pertama yang dibina di Cairo, sebuah bandar yang mendapat jolokan sebagai “Bandar Seribu Menara”. Kemudian, anda akan membeli belah di bazaar Khan El-Khalili berdekatan dengan Al- Azhar Mosque. Check-in hotel, dinner dan bermalam di Cairo.
    Hotel: Grand Pyramids or similar class

  • Hari 03 : CAIRO - FAYOUM - CAIRO (B/L/D)
    Breakfast di hotel. Hari ini anda akan full-day tour di Fayoum. Perjalanan diteruskan ke Fayoum. Anda akan melawat ke Qarun Lake, tasik yang dikatakan pada asalnya adalah merupakan istana Qarun dan hartanya telah ditenggelamkan oleh Allah Taala di atas kekufuran Qarun. Qarun Lake ini merupakan tasik air masin dan di sekitar persisiran tasik tersebut penuh dengan kulit-kulit kerang dan siput. Kemudian, anda akan melawat ke ladang zaitun, anggur dan kurma sebelum menuju ke Qasr Qarun, istana Qarun yang dikatakan telah dibina semula untuk dijadikan iktibar kepada manusia. Selepas lunch, anda akan melawat ke Wadi El-Rayan dan bermain sandboarding di kawasan berdekatan. Kemudian, anda akan pulang ke Cairo. Dinner dan bermalam di Cairo.
    Hotel: Grand Pyramids or similar class

  • Hari 04 : CAIRO - SINAI (B/L/D)
    Check-out hotel. Perjalanan diteruskan ke Sinai dan breakfast dalam perjalanan. Kemudian, anda akan melawat ke Terusan Suez dan Uyun Musa, kawasan mata air tawar yang dikatakan sebagai tempat Nabi Musa pergi bersama orang Israel dan melemparkan cabang pohon, mungkin barberry, ke dalam mata air pahit tersebut, membuatkan ianya cukup manis untuk minum. Selepas itu, anda akan melawat ke Makam Nabi Soleh dan Makam Nabi Harun. Check-in hotel, dinner dan bermalam di Sinai.
    Hotel: Le Meridien or similar class

  • Hari 05 : SINAI - DAHAB (B/L/D)
    Seawal pagi, anda akan mendaki Mount Sinai. Kemudian, anda akan turun dari Mount Sinai, breakfast dan check-out hotel. Perjalanan diteruskan ke Dahab, salah satu destinasi menyelam yang paling indah di Mesir. Lunch dan check-in hotel. Selepas itu, anda boleh membuat pilihan sama ada ingin terus berehat, berjalan di persisiran pantai atau melakukan aktiviti pilihan seperti ATV, snorkeling dan menyelam. Dinner dan bermalam di Dahab.
    Hotel: Catherine Plaza or similar class

  • Hari 06 : DAHAB - SHARM EL-SHEIKH - CAIRO (B/L/D)
    Breakfast dan check-out. Perjalanan diteruskan ke Cairo melalui Sharm El-Sheikh, sebuah kampung nelayan yang telah ditukar menjadi pelabuhan utama dan pangkalan tentera laut untuk Tentera Laut Mesir. Sebelum lunch, anda akan melawat ke Al-Sahaba Mosque, sebuah masjid yang kelihatan seperti istana indah. Sepanjang perjalanan ke Cairo, anda akan dihidangkan pemandangan permukaan bumi yang pelbagai dan menyejuk mata. Check-in hotel, dinner dan bermalam di Cairo.
    Hotel: Grand Pyramids or similar class
  • Hari 07 : CAIRO (B/L/D)
    Breakfast di hotel. Hari ini anda akan full-day tour di Cairo. Anda akan melawat ke Pyramid of Giza, piramid Mesir terbesar dan makam Firaun Dinasti ke-4 Khufu. Ianya dibina pada abad ke-26 SM dalam tempoh sekitar 27 tahun dan ianya adalah yang tertua dari Tujuh Keajaiban Dunia Purba. Selepas itu, anda akan berhenti bergambar di Sphinx, makhluk mitos berkepala manusia dan bertubuh singa dengan sayap helang. Sebelum lunch, anda akan melawat ke Amru Al-Aas Mosque, masjid pertama yang dibina di Mesir dan seluruh Afrika. Kemudian, anda akan melawat ke Salahuddin Citadel, dibina semasa pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi pada abad ke-12 dan menjadi pusat pemerintahan kerajaan di Mesir selama 700 tahun sehingga abad ke-19. Selepas itu, anda akan menikmati pemandangan di Sungai Nil menaiki Nile River Cruise. Dinner dan bermalam di Cairo.
    Hotel: Grand Pyramids or similar class

  • Hari 08 : CAIRO (B/L/D)
    Breakfast di hotel. Hari ini anda akan full-day tour di Cairo. Anda akan melawat ke The Egyptian Museum dan Sultan Hassan Mosque, masjid yang dibina pada tahun 1356 dan 1363 semasa pemerintahan Bahri Mamluk, yang ditugaskan oleh Sultan An-Nasir Hasan. Masjid ini dianggap luar biasa kerana saiznya yang besar dan komponen seni bina yang inovatif, dan masih dianggap sebagai salah satu monumen bersejarah yang paling mengagumkan di Cairo hari ini. Kemudian, anda akan melawat ke Makam Imam Syafie, ahli feqah Islam yang terkemuka dalam sejarah Islam dan merupakan pengasas kepada Mazhab Syafie. Selepas lunch, anda akan melawat ke Ibn Tulun Mosque, salah satu masjid tertua di Mesir dan juga seluruh Afrika yang masih utuh dalam bentuk asalnya. Dinner dan bermalam di Cairo.
    Hotel: Grand Pyramids or similar class

  • Hari 09 : CAIRO AIRPORT (B/L)
    Breakfast dan check-out hotel. Free & easy. Kemudian, anda akandihantar ke Cairo Airport. Berkumpul di Cairo Airport 4 jam sebelum waktu penerbangan. Penerbangan ke KLIA dan transit.

  • Hari 10 : TRANSIT/KLIA (MOB)
    Tiba di KLIA.

    Disclaimer : Susunan jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan jika keadaan cuaca tidak mengizinkan, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, atau disebabkan oleh keadaan yang tidak diduga.
  •  
Pakej Termasuk
  • PERCUMA Nile River Cruise
  • Medium group tour (Maksimum: 25 pax)
  • Makan fullboard HALAL 3x sehari (B/L/D)
  • Tour leader Melayu
  • Penerbangan pergi & balik
  • Pengangkutan premium
  • Hotel selesa 4 bintang
  • Tour guide berpengalaman
  • Tiket lawatan yang dinyatakan
  • Tips pemandu kenderaan dan pemandu pelancong
Pakej Tidak Termasuk
  • Takaful/Insurans travel
  • Aktviti pilihan
  • Belanjawan peribadi
Tarikh Perlepasan
  • 16 Mei – 24 Mei | 10H/7M
  • 30 Mei – 08 Mei | 10H/7M
  • 19 Julai – 28 Julai | 10H/7M
  • 14 November – 23 November | 10H/7M
  • 24 November – 03 Disember | 10H/7M
  • 06 Disember – 15 Disember | 10H/7M
  • 08 Disember – 17 Disember | 10H/7M
  • 10 Disember – 19 Disember | 10H/7M
  • 22 Disember – 31 Disember | 10H/7M
  • 24 Disember – 02 Januari | 10H/7M
  • 27 Disember – 05 Disember | 10H/7M
  • 29 Disember – 07 Januari | 10H/7M
Harga Dewasa
Dewasa
RM7,599
/ Seorang
Bilik Single
+RM1,000
/ Seorang
Harga Kanak-Kanak
Bayi bawah 2 tahun
RM2,000
Berkatil
-RM500
Tanpa Katil
-RM800
* 10 tahun dan ke atas adalah dikira dewasa
* Tertakluk kepada terma & syarat
Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.
Zikri Ahmad
Tour Leader Exec
Nur Nadira
Travel Consultant
Borang Tempah










    Pendaftaran Cepat . Pakej Jimat . Travel Pasti Nikmat
    Perkhidmatan
    Lain-lain
    Terma & Syarat
    Privasi
    Refund Policies
    Simply UMH Travel Services Sdn Bhd. (KPL 7492)
    apartmentcalendar-fulldinner
    × Boleh saya bantu?
    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram