Hari 01 : KLIA - MOROCCO (MOB) Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum waktu penerbangan.
Hari 02 : CASABLANCA - MARRAKECH (D) Setibanya peserta ke lapangan terbang CMN, petugas akan mengiringi mereka melawat Masjid Hasan II iaitu Courniche. Berpindah ke Marrakech, ke hotel untuk makan malam dan penginapan. Bermalam di Marrakech. Hotel: Hotel Ayoub or similar class
Hari 03 : MARRAKECH - CASABLANCA (B/L/D) Sarapan pagi. Lawatan pusingan bandar Marrakech. Lawatan akan ke Istana Bahia, contoh seni bina Islam zaman pertengahan, dimana ia menonjolkan siling Bilik Duta, dengan bentuk bot terbalik (hull). Melawat Berber Pharmacie dan Masjid Koutobia (PhotoStop). Makan tengahari di restoran halal dan waktu solat. Pindah ke tempat ajaib: Dataran Jemaa el Fna (Perhimpunan Rakyat), yang diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia. Makan malam dan bermalam di Casablanca. Hotel: Hotel Ayoub or similar class
Hari 04 : MARRAKECH-RABAT-FEZ (B/L/D) Berangkat ke Rabat untuk lawatan panoramik bandar yang merangkumi Chellah, Oudaias, Hassan Minarat dan Makam Mohammed V. Makan tengahari di restoran halal. Berangkat ke Fez. Setelah tiba di Fez peserta akan melawat pintu Emas istana Diraja, yang dibina oleh Bronze Masters. Makan malam dan bermalam di Fez. Hotel: Hotel Sofia or similar class
Hari 05 : FEZ - CHEFCHOUEN (B/L/D) Sarapan pagi di hotel dan bergerak ke Royal Palace Fes atau Dar el Makhzen seluas 80 hektar tanah yang mempunyai bahagian hadapan bangunan yang mempesonakan lengkap dengan pintu melengkung dihiasi oleh kilauan jubin dan ukiran kayu. Kemudian melawat Burj Al Janubi terletak di bahagian selatan bandar Fes. Panorama yang bertentangan dengan Kubu Marinid di bahagian utara). Pandangan panorama indah bandar Fes dapat dilihat dari puncak bukit ini. Tempat lawatan seterusnya adalah Tanneries (kilang memproses kulit). Cara pemprosesan kulit di Maghribi masih mengikut kaedah tradisional. Kulit direndam selama beberapa hari di dalam bulatan yang dipenuhi air dan garam. Kemudian ia di keluarkan dan di jemur sebelum ia di rendam semula kedalam air campuran merpati untuk dilembutkan. Pekerja hanya menggunakan tangan dan kaki mengikut kelembutan yang dikehendaki. Universiti Al-Qarawiyyin atau al-Karaouine adalah sebuah universiti yang terletak di Fes, Maghribi. Al-Qarawiyyin adalah sebuah masjid/ sekolah agama yang diasaskan oleh Fatima al-Fihri pada tahun 859M. Ia menjadi salah satu pusat kerohanian dan pendidikan terkemuka di dunia Islam yang bersejarah. Ia telah dimasukkan ke dalam sistem universiti negara moden Maghribi pada tahun 1963M. Ia terus beroperasi sebagai institusi pendidikan di dunia menurut UNESCO dan Guinness World Records. Aktiviti membeli-belah di Kota Lama Fes. Bertolak ke Chefchouen (4H) dan check-in. Bermalam di Chefchouen. Hotel:Puerta Azul or similar class
Hari 06 : CHEFCHOUEN - TANGIER (B/L/D) Sarapan pagi dan bergerak ke Old Medina of Chefchouen. Membeli-belah di Chefchaouen adalah lebih tenang untuk pengunjung. Pasar-pasar adalah yang lebih santai berbanding Marrakech atau Fes. Chefchouen terkenal dengan namanya Blue City of Morocco disebabkan bandar ini dicat warna biru menyebabkan ianya menjadi tempat wajib untuk photographer. Kemudian bergerak ke Place El Haouta dan bertolak ke Tangier perjalanan mengambil masa satu jam setengah. Melawat Herculus Cave dan Cap Spartel iaitu pertemuan dua laut antara Laut Mediterranean dan Laut Atlantik. Check-in di Tangier. Makan malam di hotel dan bermalam di Tangier. Hotel: Hotel Flandria or similar class
Hari 07 : TANGIER-TARIFA-SEVILLE (B/L/D) Selepas sarapan pagi, peserta akan melawat Cape Spartel dan Gua Hercules sebelum menaiki feri laju untuk menyeberangi selat Gibrlatar ke Tarifa. Semasa ketibaan, pemindahan ke Seville singgah sebentar untuk makan tengahari. kemudian terus ke Seville, solat di pusat islam kota setelah tiba. Mereka akan terus melawat Alcazar, Menara La Giralda, Katedral, Menara Emas sambil berjalan-jalan di tepi Sungai Guadalquivir, dan Plaza de España, masa lapang di pusat bandar sebelum makan malam di restoran halal. Bermalam di Seville. Hotel: Hotel Exe Solucar or similar class
Hari 08 : SEVILLE-CORDOBA-GRANADA (B/L/D) Sarapan pagi dan berangkat ke Granada, singgah di Cordoba, untuk melawat jambatan Rom, Menara Calahorra dan Mezquita de Cordoba. Makan tengahari dan solat sebelum bergerak ke Granada. Setibanya, peserta akan melawat suku Albaicin untuk melihat matahari terbenam dan melawat masjid Granada. Makan malam di restoran halal dan bermalam di Granada. Hotel:Hotel Macia Condor or similar class.
Hari 09 : GRANADA-TOLEDO-MADRID (B/L/D) Selepas sarapan pagi, Peserta akan melawat Alhambra, Nasrid Palaces dan Generalife Gardens. Berangkat ke Toledo, makan tengahari dan solat dalam perjalanan. Apabila tiba, peserta akan membuat “Photostop” dalam perjalanan untuk melihat panorama bandar, melawat kilang Swords, Puerta Bisagra, Plaza Zocodover dan Masjid Cristo de la Luz. Meneruskan perjalanan ke Madrid. Makan malam di restoran halal dan bermalam di Madrid. Hotel: Hotel Asset Torrejon or similar class
Hari 10 : MADRID (B/L/D) Sarapan pagi dan memulakan hari dengan lawatan di bandar untuk melihat gelanggang lembu jantan, Istana Diraja dan Plaza de España, Air Pancut Neptune, Air Pancut dan istana Cibeles, Muzium Prado, Plaza Mayor dan Puerta del Sol dan Stadium Bernabeu. Makan tengahari dan waktu solat di Pusat Kebudayaan Islam di Madrid. Bertolak ke Las Rozas Village untuk membeli-belah, makan malam dan bermalam di Madrid. Hotel: Hotel Asset Torrejon or similar class
Hari 11 : MADRID - KLIA (B) (MOB) Breakfast dan check-out hotel. Berangkat ke lapangan terbang. Terbang pulang ke tanah air. Tiba di Malaysia.
Hari 12 : KLIA Tiba di Malaysia.
Disclaimer :Susunan jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan jika keadaan cuaca tidak mengizinkan, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, atau disebabkan oleh keadaan yang tidak diduga.
Pakej Termasuk
PERCUMA Feri Morocco-Spain
Medium group tour (Maksimum: 25 pax)
Makan fullboard HALAL 3x sehari (B/L/D)
Tour leader Melayu
Penerbangan pergi & balik
Pengangkutan premium
Hotel selesa 3-4 bintang
Tour guide berpengalaman
Tiket lawatan yang dinyatakan
Tips pemandu kenderaan dan pemandu pelancong
Pakej Tidak Termasuk
Takaful/Insurans travel
Aktviti pilihan
Belanjawan peribadi
Tarikh Perlepasan
10 Jun – 18 Jun | 12H/9M
15 Jun – 23 Jun | 12H/9M
02 Oktober – 10 Oktober | 12H/9M
16 Oktober – 24 Oktober | 12H/9M
10 November – 18 November | 12H/9M
16 Disember – 24 Disember | 12H/9M
22 Disember – 30 Disember | 12H/9M
14 Januari – 22 Januari | 12H/9M
10 Februari – 18 Februari | 12H/9M
02 Mac – 10 Mac | 12H/9M
Harga Dewasa
Dewasa
RM9,999
/ Seorang
Bilik Single
+RM1,200
/ Seorang
Harga Kanak-Kanak
Bayi bawah 2 tahun
RM2,500
Berkatil
RM1,200
Tanpa Katil
RM2,000
* 10 tahun dan ke atas adalah dikira dewasa * Tertakluk kepada terma & syarat
Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.