Turki - Anatolia

Istanbul - Trabzon - Uzungol - Ayder - Ardesen - Istanbul
Dari
RM3,949
/seorang
TEMPAH SEKARANG
8 Hari 7 Malam
Hotel 3-5 Bintang 
Special Class
Sarapan Disediakan
Pengangkutan
Khas & Premium
Aturcara Program
  • Hari 01 : KLIA – ISTANBUL
    Free and Easy. Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, ketibaan anda akan disambut oleh wakil syarikat di ruang menunggu. Kita akan terus makan malam di sekitar Istanbul dan check-in hotel untuk berehat. Bermalam di Istanbul.

  • Hari 02 : ISTANBUL - TRABZON - SURMENE (B)
    Pada pagi hari selepas bersarapan, kita akan menaiki penerbangan domestik ke Kota Trabzon. Setibanya disana, kita akan melawat Tasik Sera dengan permandangan indah sambil menikmati bebola daging yang terkenal di sana dan pastinya membuatkan anda jatuh cinta dengan kota ini. Selepas itu, kita akan terus menziarahi Masjid Hagia Sofia yang merupakan bekas gereja yang dibina pada abad ke-13 dan masih mengekalkan seni bina asal yang unik. Seterusnya, kita akan melawat Kilang Teh tempatan dan melihat penghasilan serbuk teh yang baru di proses. Kawasan laut hitam merupakan pengeluar terbesar teh di Turki disebabkan bentuk muka bumi dan cuaca yang sesuai untuk penanaman teh. Kita akan akhiri perjalanan dengan makan malam di sekitar kawasan hotel dan kemudian berehat dan check-in dihotel tepi bukit sekitar Surmene dengan view laut hitam yang sangat mengagumkan.

  • Hari 03 : SURMENE – UZUNGOL – AYDER (B)
    Selepas bersarapan di hotel, kita akan menuju ke Lembah Uzungol. Uzungol mempunyai pemandangan yang menakjubkan, dan menyajikan keindahan semula jadi. Setelah bersiar-siar di pagi hari di sekitar kawasan Uzungol yang nyaman, kita akan makan tengah hari di kawasan teras berdekatan Uzungol dan selepas itu terus bertolak ke Rize. Di Rize, kita akan minum petang di kawasan taman berhampiran bandar Rize. Pada lewat petang, kita akan teruskan perjalanan ke Ardesen yang merupakan sebuah penempatan di lembah dan merupakan kota kecil di kawasan Rize. Perjalanan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke hotel. Kita akan makan malam di sekitar hotel di Ardesen dan kemudian daftar masuk ke hotel dan berehat.

  • Hari 04 : AYDER (B)
    Pada pagi hari, kita akan menikmati pemandangan yang luar biasa di lembah di Ardesen sambil sarapan di hotel. Selepas itu, kita akan menuju ke Tanah Tinggi Pokut dan Sal (Optional) yang dikatakan pemandangan seolah berada di kota Switzerland. Perjalanan mengambil masa 1 jam.Seterusnya, kita akan makan tengah hari di pekan Cemlihemsin yang merupakan pekan kecil di tebing sungai Firtina. Selepas selesai, kita akan melawat dataran tinggi Ayder. Antara aktiviti yang menarik di kawasan ini adalah Water Rafting dan Zipline (Optional). Anda akan diberikan masa bagi yang ingin mencuba. Pada lewat petang, kita akan makan malam dan pulang ke Ardesen hotel untuk berehat.
  • Hari 05 : ARDESEN - TRABZON (B)
    Selepas sarapan, kita akan check-out dan bertolak menuju ke bandar Trabzon. Sebelum sampai di Trabzon, kita akan singgah di Perkampungan Ceceva di Haremtepe untuk melihat ladang teh yang terkenal di Kawasan Rize. Jika berpeluang, kita akan berkesempatann untuk memetik daun teh dan menikmati secangkir teh panas sambil menikmati permandanagan ladang yang luas. Perjalanan diteruskan dan akan berhenti makan tengah hari di persisiran laut hitam. Kita akan singgah solat di Masjid Kibledag, merupakan masjid yang terletak di atas bukit yang tinggi dengan permandangan yang menakjubkan yang memukau mata. Gunung tersebut dikenali sebagai Gunung Kiblat yang berkedudukan menghala ke arah kiblat. Seterusnya, kita akan makan tengah hari di restoran di kawasan gunung tersebut Selepas itu, kita akan meneruskan perjalanan ke bandar Trabzon yang mengambil masa 1 jam 45 minit dari masjid Kibledag. Kita akan makan malam di sekitar kawasan hotel di bandar Trabzon dan kemudian daftar masuk ke hotel dan berehat.

  • Hari 06 : TRABZON – ISTANBUL (B)
    Kita akan memulakan perjalanan hari ini dengan lawatan ke salah satu daripada tarikan utama di Trabzon iaitu Sumela Monastry. Perjalanan mengambil masa 1 jam. Kita juga akan berkunjung sebentar di Taman Negara Altindere. Perjalanan akan diteruskan ke Pergunungan Zigana dan melihat permandangan luar biasa di Pergunungan Pontic yang sangat cantik. Seterusnya, kita ke kawasan tanah tinggi di Hamsikoy dan menikmati manisan yang terkenal iaitu Rice Pudding (Sutlac) yang dibuat oleh penduduk tempatan. Ia hanya menggunakan susu yang segar dan organik bersama dengan daging kambing yang sangat lembut dan sedap.Setelah itu, kita akan makan malam dan menuju ke airport Trabzon untuk bertolak pulang ke Istanbul dan bermalam di sana.

  • Hari 06 : ISTANBUL (B)
    Selepas sarapan pagi, kita akan berjalan sambil membeli belah di Kapalı Çarsı (Grand Bazaar) yang telah mula dibina semenjak pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh. Seterusnya, ke Spice Bazaar. Pada belah petang, kita akan menaiki Cruise merentasi Selat Bosphorus selama 1 jam 30 minit. Bermalam di Istanbul.

  • Hari 06 : ISTANBUL - PULANG (B)
    Free & Easy. Check-out hotel paling lewat jam 12 tengah hari. Bertolak ke Istanbul Airport paling lewat 3-4 jam sebelum berlepas ke tanah air.

    Disclaimer : Susunan jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan jika keadaan cuaca tidak mengizinkan, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, atau disebabkan oleh keadaan yang tidak diduga.
Pakej Termasuk
  • Tour Guide professional
  • Tour Leader Simply Travel terlatih
  • Hotel selesa 3-5 bintang & Special Class
  • Sarapan SAHAJA disediakan (B)
  • Pengangkutan khas & premium
  • Tiket lawatan
  • Tips Tour Guide & Tour Leader
  • Private Airport Transfer 2x
  • Tiket Penerbangan Domestik 2x
Pakej Tidak Termasuk
  • Perbelanjaan Peribadi
  • Makan tengah hari (MT) & makan malam (MM)
  • Tip untuk pemandu [mengikut budi bicara tetamu] [kecuali yang dinyatakan & tidak termasuk minuman]
  • Trip ke Tanah Tinggi Pokut dan Sal (40 USD/ Pax)
  • Tiket lawatan yang tidak dinyatakan atau Optional
  • Tiket penerbangan antarabangsa [Bayaran asing]
  • Takaful kembara/insuran pelancongan
Tarikh Perlepasan
  • 12 October 2023 | 10H/7M
Harga Dewasa
11-14 Peserta
RM3,949
/ Seorang
8-10 Peserta
RM4,589
/ Seorang
4-7 Peserta
RM5,789
/ Seorang
2-3 Peserta
RM7,149
/ Seorang
Harga Kanak-Kanak
0-1 Tahun
RM799
Tanpa Katil
2-9 Tahun
RM2,649
Katil Tambahan
* 10 tahun dan ke atas adalah dikira dewasa
* Tertakluk kepada terma & syarat
Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.
Zikri Ahmad
Tour Leader Exec
Nur Nadira
Travel Consultant
Borang Tempah










    Pendaftaran Cepat . Pakej Jimat . Travel Pasti Nikmat
    Perkhidmatan
    Lain-lain
    Terma & Syarat
    Privasi
    Refund Policies
    Simply UMH Travel Services Sdn Bhd. (KPL 7492)
    apartmentcalendar-fulldinnerbus
    × Boleh saya bantu?
    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram