Anatolia
2 Negeri

Istanbul – Bursa – Istanbul
Dari
RM2,489
/seorang
TEMPAH SEKARANG
6 Hari 5 Malam
Hotel 3-5 Bintang
Sarapan Disediakan
Pengangkutan
Khas & Premium
Aturcara Program
  • Hari 01 : KLIA – ISTANBUL
    Setibanya di Lapangan Terbang Atartuk, ketibaan anda akan disambut di ruang menunggu. Kita akan terus makan malam di sekitar Istanbul dan check-in hotel untuk berehat.

  • Hari 02 : ISTANBUL - BURSA (B)
    Selepas bersarapan, kita akan menziarahi Muzium Istana Topkapi yang penuh dengan barang-barangan berharga umat Islam seperti khazanah tinggalan Rasulullah dan keluarga baginda di sana. Istana ini bukan sahaja terhad kepada kediaman rasmi Sultan & kaum kerabat, bahkan menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Uthmaniyyah turun-temurun semenjak Fatih Sultan Mehmed II. Kita akan singgah sebentar ke Masjid Hagia Sophia. Bangunan yang kaya dengan asmilisasi arkitektur Byzantine dan Uthmaniyyah ini suatu ketika dahulu merupakan gereja terbesar dan pernah menjadi masjid dan muzium kemudian akhirnya kembali menjadi masjid. Kemudian, kita akan menaiki Cruise selama 1 jam 30 minit merentasi Selat Bosphorus dan melihat keindahan Istanbul di tepi bukit. Setelah itu kita akan terus bertolak ke Bursa dan bermalam di sana. Bermalam di Bursa.

  • Hari 03 : ISTANBUL - BURSA (B)
    • Jadual Musim Sejuk
      • Selepas bersarapan pagi, lawatan diteruskan ke Gunung Uludag menaiki kenderaan untuk bermain salji untuk beberapa jam.
      • Anda bebas memilih untuk menaiki kereta kabel (Optional) dan
        bermain ski/snowboard dll (Optional).
    • Jadual Musim Bunga & Luruh
      • Selepas bersarapan pagi, lawatan diteruskan ke Perkampungan lama Uthmaniyyah di Cumalikizik.
      • Menziarahi makam pengasas Daulah Uthmaniyyah sambil melihat panorama indah bandar Bursa di Tophane.

Seterusnya kita akan menunaikan solat di Ulu Cami Bursa yang begitu indah dengan hiasan pelbagai ukiran khat. Kemudian, lawatan sambil membeli belah di Kozahan, ia pernah menjadi pusat jualan fabrik sutera sejak zaman Sultan Beyzaid II (1491). Di akhir lawatan, kita akan menyaksikan persembahan kebudayaan Mevlana Semazen di Karabas-I Veli yang cukup menggetarkan jiwa. Bermalam di Bursa.

  • Hari 04 : BURSA – ISTANBUL (B)
    Selepas sarapan pagi, kita akan terus bergerak pulang ke Istanbul selama lebih kurang 3 jam perjalanan. Selepas itu, kita akan berjalan sambil membeli belah di Kapalı Çarsı (Grand Bazaar) yang telah mula dibina semenjak pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh. Seterusnya ke Spice Bazaar. Bermalam di Istanbul.

  • Hari 05 : ISTANBUL (B)
    Terkenal dengan Gelaran “Payithat”, Kota ini telah dibuka oleh sebaik-baik Pemimpin dan sebaik-baik Askar. Kita akan merasai pengalaman secara “live” bagaimana kota ini telah dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fatih di Muzium Panorama 1453. Kemudian, kita terus menjejaki seerah perjuangan para sahabat iaitu Abu Ayub Al-Ansori di Eyup Sultan Camii. Selepas itu, kita akan pergi ke Pierre Lotti dan bergambar dengan berlatarbelakangkan Selat Golden Horn yang
    terkenal dengan sejarah Kapal Sultan Fetih melintasi bukit untuk masuk ke Selat tersebut. Seterusnya, kita akan menziarahi Masjid Süleymaniye, yang telah dibina oleh arkitek terulung Uthmaniyyah iaitu Mimar Sinan di zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Al-Kanuni yang terkenal dengan ketegasan dan ilmunya. Bermalam di Istanbul.

  • Hari 06 : ISTANBUL - PULANG (B)
    Free & Easy. Check-out hotel paling lewat jam 12 tengah hari. Bertolak ke Istanbul Airport paling lewat 3-4 jam sebelum berlepas ke tanah air.

    Disclaimer : Susunan jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan jika keadaan cuaca tidak mengizinkan, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, atau disebabkan oleh keadaan yang tidak diduga.
Pakej Termasuk
  • Tour Guide professional
  • Tour Leader Simply Travel terlatih
  • Hotel selesa 3-5 bintang
  • Sarapan SAHAJA disediakan (B)
  • Pengangkutan khas & premium
  • Tiket lawatan
  • Tips Tour Guide & Tour Leader
  • Private Airport Transfer 2x
Pakej Tidak Termasuk
  • Perbelanjaan Peribadi
  • Makan tengah hari (MT) & makan malam (MM)
  • Tip untuk pemandu [mengikut budi bicara tetamu]
  • Tiket lawatan yang tidak dinyatakan atau Optional
  • Tiket penerbangan antarabangsa [Bayaran asing]
  • Takaful kembara/insuran pelancongan
Harga Dewasa
11-14 Peserta
RM2,489
/ Seorang
8-10 Peserta
RM2,849
/ Seorang
4-7 Peserta
RM3,699
/ Seorang
2-3 Peserta
RM3,829
/ Seorang
Harga Kanak-Kanak
0-1 Tahun
RM299
Tanpa Katil
2-9 Tahun
RM1,989
Katil Tambahan
* 10 tahun dan ke atas adalah dikira dewasa
* Tertakluk kepada terma & syarat
Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.
Zikri Ahmad
Tour Leader Exec
Nur Nadira
Travel Consultant
Borang Tempah










    Pendaftaran Cepat . Pakej Jimat . Travel Pasti Nikmat
    Perkhidmatan
    Lain-lain
    Terma & Syarat
    Privasi
    Refund Policies
    Simply UMH Travel Services Sdn Bhd. (KPL 7492)
    apartmentcalendar-fulldinnerbus
    × Boleh saya bantu?
    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram