Anatolia
5 Negeri

Istanbul – Bursa – Cappadocia
– Konya – Pamukkale
Dari
RM4,989
/seorang
TEMPAH SEKARANG
9 Hari 8 Malam
Hotel 3-5 Bintang 
Special Class
Sarapan Disediakan
Pengangkutan
Khas & Premium
Aturcara Program
  • Hari 01 : KLIA – ISTANBUL
    Free and Easy. Setibanya di Lapangan Terbang, ketibaan anda akan disambut oleh wakil hotel di ruang menunggu. Seterusnya, anda akan terus check in hotel dan anda bebas untuk berehat atau bersiar-siar di kawasan hotel tersebut. (Jika anda sampai awal, kita boleh mengaturkan aktiviti yang sesuai sekitar Istanbul – tidak termasuk pakej).

  • Hari 02 : ISTANBUL (B)
    Selepas bersarapan, kita akan menziarahi Muzium Istana Topkapi yang penuh dengan barang-barangan berharga umat Islam seperti khazanah tinggalan Rasulullah dan keluarga baginda di sana. Istana ini bukan sahaja terhad kepada kediaman rasmi Sultan & kaum kerabat, bahkan menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Uthmaniyyah turun-temurun semenjak Fatih Sultan Mehmed II. Kita akan singgah sebentar ke Masjid Hagia Sophia. Bangunan yang kaya dengan asmilisasi arkitektur Byzantine dan Uthmaniyyah ini suatu ketika dahulu merupakan gereja terbesar dan pernah menjadi masjid dan muzium kemudian akhirnya kembali menjadi masjid. Kemudian, kita akan menaiki Cruise selama 1 jam 30 minit merentasi Selat Bosphorus dan melihat keindahan Istanbul di tepi bukit. Setelah itu, kita akan terus bertolak ke Bursa dan bermalam di sana. Bermalam di Bursa.

  • Hari 03 : BURSA (B)
    • Jadual Musim Sejuk
      • Sarapan pagi & check-out hotel, kita akan terus bertolak ke Gunung Uludag menaiki kenderaan yang disediakan untuk bermain salji untuk beberapa jam.
      • Anda bebas memilih untuk menaiki kereta kabel (Optional) dan
        bermain ski/snowboard dll (Optional).
    • Jadual Musim Bunga & Luruh
      • Selepas bersarapan pagi, lawatan diteruskan ke Perkampungan lama Uthmaniyyah di Cumalikizik.
      • Menziarahi makam pengasas Daulah Uthmaniyyah sambil melihat panorama indah bandar Bursa di Tophane.

Seterusnya kita akan menunaikan solat di Ulu Cami Bursa yang begitu indah dengan hiasan pelbagai ukiran khat. Kemudian, lawatan sambil membeli belah di Kozahan, ia pernah menjadi pusat jualan fabrik sutera sejak zaman Sultan Beyzaid II (1491). Di akhir lawatan, kita akan menyaksikan persembahan kebudayaan Mevlana Semazen di Karabas-I Veli yang cukup menggetarkan jiwa. Bermalam di Bursa.

  • Hari 04 : BURSA - SAW - CAPPADOCIA (B)
    Selepas bersarapan, anda semua ada beberapa jam untuk membeli belah di Kozahan (optional) dan seterusnya kita akan terus bergerak ke Sabiha Airport untuk bertolak ke Cappadocia yang mengambil masa dalam 2 jam perjalanan. Apabila tiba di Cappadocia, anda semua boleh bebas berjalan di sekitar Cappadocia yang terkenal dengan Hotel berkonsepkan gua. Di sebelah petangnya, anda boleh membuat aktiviti ATV atau menaiki Jeep/ menunggang kuda (Optional). Bermalam di hotel berkonsepkan gua.
  • Hari 05 : CAPPADOCIA (B/L)
    Antara aktiviti popular di Cappadocia adalah menaiki belon panas (Optional) & ATV motor (Optional). Selepas bersarapan, kita akan memulakan lawatan ke Lembah Ihlara, Kota Bawah Tanah (Underground City), Lembah Burung Merpati dan bengkel tembikar Avanos. Kota bawah tanah sekitar 60 meter dalamannya ini dibuka kepada pelancong pada tahun 1969. Dipercayai dibina oleh orang Phrygia sejak kurun ke-8 sebelum masihi dan diubahsuai ketika era Parsi dan Byzantium. Makan malam & bermalam di Cappadocia.

  • Hari 06 : CAPPADOCIA - PAMUKKALE (B)
    Selepas bersarapan anda bebas untuk menaiki belon panas(Optional) jika tidak boleh fly pada hari sebelumnya & ATV motor (Optional). Seterusnya, kita akan terus menuju ke Konya dengan menaiki kenderaan persendirian untuk makan tengah hari dan tour sekitar Konya sebelum terus sambung perjalanan ke Pamukkale sekitar 9 jam. Makan malam & bermalam di Pamukkale.

  • Hari 07 : PAMUKKALE – ISTANBUL (B/L)
    Selepas bersarapan, lawatan pertama bermula sekitar 9.30 pagi ke kota Hierapolis & Necropolis yang dahulunya merupakan tempat spa semulajadi, teater dan pelbagai lagi yang digunakan semenjak pemerintahan Rom. Kemudian, struktur semula jadi yang tersangat unik, Pamukkale atau Cotton Castle yang menjadi salah satu tapak dibawah jagaan UNESCO dan hanya terdapat satu sahaja dalam dunia. Selesai makan tengah hari & solat jama', kita akan bersiap-siap untuk ke Istanbul menaiki penerbangan domestik dari Denizli Airport ke Istanbul Airport. Kemudian menaiki kenderaan khas terus ke Istanbul. Bermalam di Istanbul.

  • Hari 06 : ISTANBUL (B)
    Selepas sarapan pagi, kita akan berjalan sambil membeli belah di Kapalı Çarsı (Grand Bazaar) yang telah mula dibina semenjak pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh. Seterusnya, ke Spice Bazaar. Bermalam di Istanbul.

  • Hari 06 : ISTANBUL - PULANG (B)
    Free & Easy. Check-out hotel paling lewat jam 12 tengah hari. Bertolak ke Istanbul Airport paling lewat 3-4 jam sebelum berlepas ke tanah air.

    Disclaimer : Susunan jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan jika keadaan cuaca tidak mengizinkan, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, atau disebabkan oleh keadaan yang tidak diduga.
  •  
Pakej Termasuk
  • Tour Guide professional
  • Tour Leader Simply Travel terlatih
  • Hotel selesa 3-5 bintang & Special Class
  • Sarapan SAHAJA disediakan (B)
  • Pengangkutan khas & premium
  • Tiket lawatan
  • Tips Tour Guide & Tour Leader
  • Private Airport Transfer 2x
Pakej Tidak Termasuk
  • Perbelanjaan Peribadi
  • Makan tengah hari (MT) & makan malam (MM)
  • Tip untuk pemandu [mengikut budi bicara tetamu]
  • Tiket lawatan yang tidak dinyatakan atau Optional
  • Tiket penerbangan antarabangsa [Bayaran asing]
  • Takaful kembara/insuran pelancongan
Harga Dewasa
11-14 Peserta
RM4,989
/ Seorang
8-10 Peserta
RM5,549
/ Seorang
4-7 Peserta
RM5,889
/ Seorang
2-3 Peserta
RM6,949
/ Seorang
Harga Kanak-Kanak
0-1 Tahun
RM299
Tanpa Katil
2-9 Tahun
RM2,889
Katil Tambahan
* 10 tahun dan ke atas adalah dikira dewasa
* Tertakluk kepada terma & syarat
Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.
Zikri Ahmad
Tour Leader Exec
Nur Nadira
Travel Consultant
Borang Tempah










    Pendaftaran Cepat . Pakej Jimat . Travel Pasti Nikmat
    Perkhidmatan
    Lain-lain
    Terma & Syarat
    Privasi
    Refund Policies
    Simply UMH Travel Services Sdn Bhd. (KPL 7492)
    apartmentcalendar-fulldinnerbus
    × Boleh saya bantu?
    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram