Hari 01 : KLIA – ISTANBUL Free and Easy. Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, ketibaan anda akan disambut oleh Tour Leader di ruang menunggu. Seterusnya kita akan terus check-in hotel di untuk berehat. (Jika anda sampai awal, kita boleh aturkan trip tambahan sekitar Istanbul, tidak termasuk di dalam pakej).
Hari 02 : ISTANBUL - BURSA (B)
Jadual Musim Sejuk
Sarapan pagi & check out hotel, kita akan terus bertolak ke Gunung Uludag menaiki kenderaan yang disediakan untuk bermain salji untuk beberapa jam.
Anda bebas memilih untuk menaiki kereta kabel (Optional) dan bermain ski/snowboard dll (Optional).
Kita akan melihat suasana selepas pembukaan kota Bursa oleh Orhan Ghazi di muzium Panorama 1326.
Kita akan menunaikan solat jama’ di Ulu Cami Bursa yang sudah berumur lebih 600 tahun, disana boleh melihat seni Khat yang indah dan penuh makna yang mencerminkan keperibadian dan kebudayaan masyarakat pada zaman tersebut.
Kita akan menyaksikan persembahan kebudayaan Mevlana Semazen di Karabas-I Veli. Bermalam di Bursa
Jadual Musim Bunga & Luruh
Kita akan melihat suasana selepas pembukaan kota Bursa oleh Orhan Ghazi di muzium Panorama 1326.
Menziarahi makam pengasas Daulah Uthmaniyyah sambil melihat panorama bandar Bursa di Tophane.
Seterusnya, lawatan diteruskan ke perkampungan lama Uthmaniyyah di Cumalikizik yang telah berumur lebih 700 tahun lamanya.
Kita akan menziarahi makam Sultan Murad II di Müradiye Külliyesi (Muradiye Complex) yang merupakan kompleks yang terakhir dibina oleh Sultan Murad II iaitu ayah kepada Sultan Muhammad Al-Fatih.
Kita akan menunaikan solat di Ulu Cami Bursa yang begitu indah dengan hiasan pelbagai ukiran khat.
Bazaar/Shopping (Optional).
Kita akan menyaksikan persembahan kebudayaan Mevlana Semazen di Karabas-I Veli. Bermalam di Bursa.
Hari 03 : BURSA – SOGUT - BILECIK (B) Sarapan pagi dan check-out hotel. Kita akan teruskan perjalanan ke daerah Sogut sekitar 2 jam. Makan tengah hari dan solat jama’. Kita akan menziarahi makam dan muzium bapa kepada pengasas Daulah Uthmaniyyah iaitu Ertugrul Gazi yang merupakan ketua Kayi, kaum Oguz. Anda juga berpeluang untuk memakai pakaian seperti pahlawan kaum Kayi Uthmaniyyah di sana (perbelanjaan peribadi). Sebelum berehat, kita akan menziarahi makam Syeikh Edebali yang dahulunya merupakan guru agama yang begitu mempengaruhi kehidupan dan pemikiran pengasas Daulah Uthmaniyyah, Osman Gazi. Bermalam di Bilecik.
Hari 04 : BILECIK - ISTANBUL (B) Sarapan pagi & check-out hotel. Kita akan melawat bandar Bilecik dan bersiar-siar di sana. Anda boleh membeli pelbagai cenderamata di sana sebagai kenang-kenangan. Atau terus bertolak pulang ke Istanbul dan berjalan-jalan di sekitar sana. Setibanya di sana, kita akan menelusuri suasana ketenteraan Uthmaniyyah pada zaman kesultanan dan republik di Muzium Askar. Sekitar pukul 3 petang (tutup hari Isnin & Selasa), jika berpeluang kita akan melihat pertunjukan alat muzik kumpulan Mehter yang merupakan pancaragam askar pertama didunia yang mampu menggentarkan jiwa sesiapa yang mendengarnya. Bermalam di Istanbul.
Hari 05 : ISTANBUL (B) Pada pagi ini, kita akan merasai pengalaman secara live bagaimana kota ini telah dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fatih di Muzium Panorama 1453. Kita akan menziarahi Muzium Istana Topkapi yang penuh dengan barang-barangan berharga umat Islam seperti khazanah tinggalan Rasulullah dan keluarga baginda di sana. Kita akan singgah ke Masjid Hagia Sophia. Bangunan yang kaya dengan asmilisasi arkitektur Byzantine dan Uthmaniyyah ini suatu ketika dahulu merupakan gereja terbesar kemudian menjadi masjid dan akhirnya bertukar fungsi menjadi muzium. Kita akan makan tengah hari dan menunai solat di Masjid Sultanahmet atau Sultan Ahmet Camii. Bermalam di Istanbul.
Hari 06 : ISTANBUL (B) Selepas sarapan pagi, kita akan menaiki Cruise merentasi Selat Bosphorus selama 1 jam 30 minit. Lawatan sambil membeli belah di Kapalı Çarsı (Grand Bazaar) yang telah mula dibina semenjak pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh. Seterusnya bazaar-bazaar lain dan ke Spice Bazaar. Bermalam di Istanbul.
Hari 07 : ISTANBUL - PULANG (B) Free & Easy. Check-out hotel paling lewat jam 12 tengah hari. Bertolak ke Istanbul Airport paling lewat 3-4 jam sebelum berlepas ke tanah air.
Disclaimer :Susunan jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan jika keadaan cuaca tidak mengizinkan, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, atau disebabkan oleh keadaan yang tidak diduga.
Pakej Termasuk
Tour Guide professional
Tour Leader Simply Travel terlatih
Pengangkutan awam (Tram)
Hotel selesa 3-5 bintang
Sarapan SAHAJA disediakan (B)
Pengangkutan khas & premium
Tiket lawatan
Tips Tour Guide & Tour Leader
Private Airport Transfer 2x
Pakej Tidak Termasuk
Perbelanjaan Peribadi
Makan tengah hari (MT) & makan malam (MM) [Bebas]
Untuk bilangan 2 hingga 5 dewasa, cas tempat letak kereta / tol / feri adalah dibawah tanggungan tetamu.
Tip untuk pemandu [mengikut budi bicara tetamu]
Tiket lawatan yang tidak dinyatakan atau Optional
Tiket penerbangan antarabangsa [Bayaran asing]
Takaful kembara/insuran pelancongan
Harga Dewasa
11-14 Peserta
RM4,089
/ Seorang
8-10 Peserta
RM4,349
/ Seorang
4-7 Peserta
RM4,949
/ Seorang
2-3 Peserta
RM4,789
/ Seorang
Harga Kanak-Kanak
0-1 Tahun
RM299
Tanpa Katil
2-9 Tahun
RM1,089
Katil Tambahan
* 10 tahun dan ke atas adalah dikira dewasa * Tertakluk kepada terma & syarat
Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.